KUANTAN, 24 Mac 2025 – YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz hadir ke Program Penyediaan Bubur Lambuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Indera Mahkota di sini hari ini.

YHM Che Puan Panglima hadir sebagai wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM.

Turut hadir ialah paduka cucunda, YM Tengku Nuh Mohamed Shah Ibni YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Pada program tersebut sebanyak 2,200 bekas bubur lambuk berjaya dihasilkan dan diedarkan kepada mahasiswa, pegawai dan kakitangan UIAM. – KESULTANAN PAHANG
