TEMERLOH, 2 Disember 2024 – Seramai 54 orang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 KDPB Sultan Pahang (sesi ketiga) di Dewan Tun Razak, hari ini.
Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran itu telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat sama ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri YHM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan serta YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada majlis berkenaan, KDPM Tengku Mahkota Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Dato’ Sri Yeoh Seok Hong dan Perunding Undang-Undang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri Raja Segaran S Krishnan.
Sementara itu, KDPM Tengku Hassanal turut berkenan menyampaikan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Dato’ Gs. Haji Azlikamil Napiah; Pengerusi Al-Araby Group, Dato’ Dr Ahmad Sani Dato’ Abdul Alim Araby; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia, Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir; Ahli Suruhanjaya Nenas Tatakelakuan Polis, Dato’ Tan Kang Sai serta Pengarah Negeri LHDNM Pahang, Dato’ Ruslan Othman.
Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada 30 orang penerima dengan didahului Pengurus YM Pantai Lagenda Resources , YM Tengku Dato’ Ahmad Ashraf Tengku Haji Asmawi; Pengerusi Koperasi Keluarga Abdul Jalil Pahang Berhad, Dato’ Baharuddin Abd Jalil serta dua orang pesara TUDM, Brigedier Jeneral TUDM Dato’ Mohd Nor Rasid Samingon dan Brigedier Jeneral TUDM Dato’ Zulkiffli Haji Musa.
Turut dikurnia gelaran sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan Al Yusra Energy Sdn Bhd, Dato’ Monogal A/L K Appuny; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Afrika Selatan, Dato” Rus Shazila Osman;
Ahli Dewan Negeri Kawasan Luit, Dato’ Mohd Sofian Abd Jalil; Pengerusi Pertubuhan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Dato’ Yap Yoke Moey; Peguam, Dato’ Patminderjit Singh A/L Mhan Singh; Ketua Pegawai Operasi WTS Digital Sdn Bhd, Dato’ Masarudin Mahmud;
Pengarah Tresor Monde.H, Dato’ Dr. Monna Ong Siew Siew; Pengarah Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Builder Group Behad, Dato’ Ir. Kong Kam Loong; Ketua Pegawai Eksekutif Boede Security Sdn Bhd, Dato’ Wan Mhd Hafizam Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Ikhasas Sdn Bhd, Dato’ Kee Sock Kheng.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Pengurus Cawangan Grant Thornton Malaysia, Dato’ Lee Chai Wah; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Nazli Rasyid Sulong; Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Mohd Norhisham Musa; Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang, Dato’ Tpr. Nik Noraisu Nik Ibrahim ; Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Amzan Abd Malek; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dato’ Dr. Kamaliah Ghazali; Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Roslan Rani; Ketua Pegawai Kewangan TNB, Dato’ Nazmi Othman dan Pengarah Pengurusan Price Waterhouse Coopers, Dato’ Jasminderjit Kaur A/P Gurdep Singh.
Turut tersenarai ialah Timbalan Pengerusi Perwakilan MCA Bahagian Bukit Bintang Kuala Lumpur, Dato’ Leow Chien Sin; Pengarah Syarikat Bina Saujana Sdn Bhd, Dato’ Low Lai Hoo @ Sonny Low; Pengarah Urusan NK Hightech Sdn Bhd, Dato’ Md Nor Kifli Bin Zakaria, Pengarah Urusan Kumpulan – Super Memory Map Education Group, Dato’ Dr. Goh Hui Chyn; Ketua Pegawai Eksekutif Super Memory Map Education Group, Dato’ Dr Lim Teck Ting; Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dato’ Dr Ahmad Faris Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat PLUS, Dato’ Haji Suris Mihat.
Sementara itu Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Cik Nadimah Hilwah Mohd Saifuddin dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP).
Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), seramai tujuh orang penerima tersenarai iaitu Penolong Pesuruhjaya SPRM/ Pegawai Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tuan Mohd Fadzil Md Amin; Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Pahang, Encik Zulkhairil Zainuddin; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Enck Sharifful Hakim Suman; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Puan Nurul Intan Suraya Aminuddin; Pegawai Khas YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Puan Noor Hanani Ahmad; Leftenan Kolonel Haji Mohd Nizam Termizi Al-Hafiz serta Leftenan Kolonel Muhammad Azizan Mohamed.
Sementara itu Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia -Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) akan dikurniakan kepada Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Tuan Haji Khairul Anwar Dato’ Ahmad Nadzer; Pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Encik Saifullah Muhammad Ali; Setiausaha Sulit kepada YAB Menteri Besar Pahang, Encik Abdul Rahman Japar; Penolong Pegawai Khas, Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Encik Ahmad Lutfi Azhar; Encik Muhammad Edham Haji Shaharuddin serta Mejar Dr. Muhammad Syukri Haji Zahari Al-Hafiz.
Dalam pada itu Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) akan dikurniakan kepada Penghulu Mukim Ulu Jelai, Lipis, Encik Asyar Amin Ahmad; Encik Awi Naim serta Pegawai Waran Udara 1, Mohd Anwar Azizan. -KESULTANAN PAHANG