KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Seramai 58 individu menerima darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, di Istana Abdulaziz, hari ini,
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 11 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri kepada tujuh individu.
Mendahului senarai penerima ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Dato’ Sri Noor Hisam bin Nordin; Ketua Pegawai Penyelidikan dan Inovasi merangkap Pakar Perunding Kanan Anestesiologi, Institut Jantung Negara, Prof Dato’ Sri Suhaini bin Kadiman; Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Far East (Melaka) Sdn Bhd, Dato’ Sri Ling Kah Chok serta Ketua Pegawai Eksekutif serta Pegawai Eksekutif Bukan Bebas Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Sri Ir Ts. Shamsul bin Ahmad.
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Pengarah Low Capital Sdn Bhd, Prof Dato’ Sri Dr Kevin Low Lock Teng; Pengarah Eksekutif Kumpulan Engtex Group Berhad merangkap Presiden Persatuan Peniaga Besi dan Logam Malaysia, Dato’ Sri Ng Chooi Guan dan Pengerusi Syarikat Palz Group of Companies, CGNS Vision Services Sdn Bhd dan CGNS Recycle Sdn Bhd, Dato’ Sri S Sathiaseelan a/l Suppiah.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada 11 individu.
Penerima terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Dato’ Ir Ts Anita binti Mohamed Shafie; Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Dato’ Ayub bin Haji Zaidin; Peguamcara Perbendaharaan, Bahagian Undang-Undang Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Kamal Azira bin Hassan; Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Sani bin S Omar; Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Nazaruddin bin Haron TUDM.
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mejar Jenaral Dato’ Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM; Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Sani bin Omar TUDM; bekas pemain dan jurulatih badminton kebangsaan, Dato’ Sairul Amar bin Ayob; Ketua Pegawai Grid Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Ir Hasmarizal bin Hassan serta Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Citaglobal Berhad, Dato’ Rosli bin Shafiei.
Dalam pada itu, 32 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.
Penerima terdiri daripada Penyelia Padang Kelab Polo Diraja Pahang, YM Tengku Dato’ Suleiman bin Tengku Abd Rahman; YM Tengku Dato’ Akashah bin Tengku Hussain: Iman Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Dato’ Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah; Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Mohd Farid bin Mohd Nor; Asisten Ketua Staf Tadbir TUDM, Brigedier Jeneral Dato’ Junairi bin Baharom TUDM; Pengarah Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Dato’ Mazlan bin Mat Rejab; Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Briged Tenggara, SAC Dato’ Ahmad Radzi bin Hussain; Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Azizan bin Abdullah; Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur, Dato’ Dr. Grippin Anak Akeng serta Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang (Daerah Rompin), Dato’ Samsiah bin Arshad.
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporation Sdn Bhd, Dato’ Mohamed Anuar bin Mohamed Zainun; Pengarah Syarikat Yuwang Development Sdn Bhd, Dato’ Ng Kong Nam; Pengarah Eksekutif Oasis Kasturi Sdn Bhd, Dato’ Badrul Hisham Abu Bakar @ Abd Rahim; Pengarah Urusan Duoz Sdn Bhd, Dato’ Zaidan bin Md Tahir; Pengarah Urusan Arkitek ICB Sdn Bhd, Dato’ Ar. Zaihan bin Md Tahir; Pengarah SPRM Negeri Pahang, Dato’ Mohd Shukor bin Mahmud; Pengurus Besar Hyatt Regency Kuantan Resort, Dato’ Syed Ali Adnan; dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Citaglobal Berhad, Dato’ Aimi Aizal bin Nasharuddin.
Darjah kebesaran sama turut dianugerahkan kepada Presiden Genting Malaysia Berhad, Dato’ Lee Thiam Kit; Ketua Pegawai Eksekutif Feytech Holdings Berhad, Dato’ Connie Go; Naib Presiden PEKAP (Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota), Dato’ Mohd Herman bin Awang; Pengulas Sukan, Dato’ Abu Bakar bin Atan dan Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporate Management Services (PCMS), Dato’ Nurhidayah binti Dato’ Haji Mohamad Shahaimi.
Turut tersenarai ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MGB Berhad, Dato’ Lim Kim Hoe; Pengarah Eksekutif Binaform Sdn Bhd, Dato’ Lim Kean Guan; Pengarah Institut Perubatan Penerbangan TUDM, Brig Jen Dato’ (Dr) Mohammed Haizar bin Haron TUDM; Pengarah Urusan Yayasan Rukun Negara, Dato’ Noor Azam Samsudin; Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Mohammad Faizal bin Abdul Rahim; Setiausaha Sulit Kanan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Firdaus Farid bin Abd Rashid; Pengasas Attapka Seafood Restaurant yang juga bekas pemain bola sepak Malaysia, Dato’ See Kim Seng; Pengarah Eksekutif Magna Prima Berhad, Dato’ Lee Chin Cheh dan Penyanyi, Dato’ Wan Aminuddin bin Wan Ismail.
Sementara itu, lima individu dikurnia Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) iaitu Supritendan Sharif Shai bin Sharif Mondoi; Encik Kok Kam Sang; Encik Md Zaidey bin Abdul Kadir; Encik Muhammad Sofee bin Muhammad dan Encik Lee Choon Chye @ Lee Choon Hoi.
Pada istiadat sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada Encik Saifullah bin Muhammad Ali.
Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada Leftenan Maritim Wan Husin Zaki bin Wan Abdullah Fadzil dan Encik Rajagopalan a/l Raman.- KESULTANAN PAHANG









