KUANTAN, 25 Ogos 2025 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 25 Ogos 2025 bersamaan 1 Rabiulawal 1447H.
Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja sentiasa berada dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, diluaskan rezeki serta berbahagia selalu.- KESULTANAN PAHANG.