SINGAPURA, 4 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Temasek Foundation Asia Leaders Connect 2025 di sini semalam.
Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu membincangkan pelbagai isu-isu semasa meliputi pembangunan lestari, inovasi pendidikan dan geopolitik.
Persidangan turut disertai oleh kepimpinan dari pelbagai negara seperti Hong Kong, Eropah, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan New Zealand. -KESULTANAN PAHANG