KUANTAN, 22 Oktober 2025- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi latihan PASKAU bagi modul ‘Close Air Support”, hari ini.
Sesi latihan yang diadakan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan itu bertujuan untuk memperkukuh kefahaman serta keupayaan taktikal dalam operasi udara.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga berkenan menaiki pesawat pejuang SU-30MKM dalam latihan tersebut bersama Kolonel Mohd Norazan bin Othman dan membuat pnerbangan kira-kira satu jam sekitar daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.