PEKAN 25 November 2025 – KDPB Sultan Pahang memilih Laman Pekan Lama di sini untuk berkumpul bersama rakan-rakan sekelas ketika darjah satu di Sekolah Rendah Ahmad pada tahun 1966.
Restoran Dapur Belange Tok Mok yang menyajikan hidangan lauk-pauk tradisi Pekan menjadi pilihan santapan tengahari baginda.
Di kesempatan itu, Paduka Baginda turut beramah mesra dan bergambar kenang-kenangan bersama pengunjung serta penduduk setempat.- KESULTANAN PAHANG











