KUALA LUMPUR, 25 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan Pacal Didik Yang Hormat Dato’ Haris Onn di sini semalam.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 8.00 malam disambut oleh pasangan pengantin, Cik Sara Sabrina Binti Haris dan Mohamed Yusuf Al Sadiq bin Mohamed Azmin.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. -KESULTANAN PAHANG







