KUALA LUMPUR, 26 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Diraja My Future Leaders 2026 anjuran Yayasan Allamiyyyah bersama PETRONAS di Malaysia Petroleum Club, hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pada jam 12.30 tengah hari disambut oleh Pengarah Yayasan Allammiyyah, Encik Muhamad Najmi Dato’ Mohd Aris dan Pengurus Besar Kanan, Perhubungan Pihak Berkepentingan PETRONAS, Encik Khairuddin M. Jaafar.
Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang tingkatan lima daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (TMP) yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Turut hadir mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak selaku wakil rasmi kepada Menteri Besar Pahang.
Seusai majlis, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan melawat Aquaria KLCC bersama para pelajar sambil menyantuni para pengunjung lain yang berada di situ. -KESULTANAN PAHANG






