CAMERON HIGHLANDS, 12 Februari 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan bercemar duli beriadah dengan berjalan santai di sekitar padang Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Usai beriadah, Paduka Baginda kemudiannya berkenan berangkat ke Parit Falls untuk meninjau persekitaran dan kebersihan kawasan berkenaan yang terkenal sebagai tapak perkhemahan. -KESULTANAN PAHANG






