KUANTAN 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke gerai kuih-muih tradisional di Beserah Putu Piring di sini untuk membeli juadah berbuka puasa, hari ini.
Paduka Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan peribadi kepada rakyat yang hadir membeli juadah berbuka puasa di situ.
Terdahulu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menunaikan solat Asar di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. -KESULTANAN PAHANG







