PEKAN, 5 April 2026 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz berangkat ke Perbarisan Hari Ulangtahun Askar Wataniah, Pembukaan Latihan Askar Wataniah dan Majlis Aidilfitri Rejimen 505 di Kem Force 136 Pekan, di sini hari ini.
Kehadiran YAM Tengku Panglima Raja adalah selaku Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.-KESULTANAN PAHANG






