KUANTAN, 15 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka anjuran International School of Kuantan di sini hari ini.
Turut mengiringi Paduka Baginda ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan tarian muzikal oleh cucunda, YM Tengku Adam Ibrahim Shah dan YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah, sekali gus menambah kemeriahan sambutan yang diadakan.- KESULTANAN PAHANG







