KUANTAN, 30 April 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas sambutan hari keputeraan YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan pada hari ini, 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Patik sekalian mendoakan semoga YHM Tengku Puan Bendahara sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat serta keberkatan, dan terus berada dalam lindungan Allah SWT.
Semoga YHM Tengku Puan Bendahara dikurniakan kebahagiaan yang berterusan serta dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat kelak. -KESULTANAN PAHANG







