KUANTAN, 30 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Sri Hajjah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado, 94, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.25 tengahari tadi akibat sakit tua.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarhamah dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan insan yang tersayang. – KESULTANAN PAHANG






