KUALA LUMPUR, 3 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan
bercemar duli berangkat ke Majlis Berandam Surai paduka cucunda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Dato’ Sri Setia Hajjah Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah iaitu YM Tengku Puteri Mariam Ariana binti Tengku Aidy Ahmad Shah di Ampang Hilir, hari ini.
Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -KESULTANAN PAHANG






