BERA, 10 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perkahwinan pacal didik
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Paduka Baginda berangkat meraikan pasangan pengantin Muhammad Amirul Iqbal Abdul Rashid dan Syazaliana Mohamed Saat. Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bergambar bersama tetamu yang hadir – KESULTANAN PAHANG








