KOTA KINABALU, 11 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Sabah sempena Ekspedisi Mahkota Borneo yang bermula hari ini sehingga Rabu.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.30 tengah hari disambut oleh YB Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan dan YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Ahemad Sade. -KESULTANAN PAHANG








