PEKAN, 14 Mei 2026 – Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Hj Yahya TUDM hari ini menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Dato’ Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah, Panglima 4 Briged (Mekanize) Tentera Darat Malaysia di Pejabat Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Majlis Kesultanan Pahang di sini.
Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni serta mencerminkan hubungan erat yang sentiasa terjalin antara pihak Tentera Darat Malaysia dan institusi diraja negeri Pahang.
Pertemuan itu turut menjadi medan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim selain bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkepentingan bersama. -KESULTANAN PAHANG







