CAMERON HIGHLANDS, 17 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke daerah ini sempena lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini.
Keberangkatan tiba pada jam 12.00 tengahari di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah disambut oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor. – KESULTANAN PAHANG







