KUANTAN, 20 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Diraja sempena Simposium Majlis Muzium Antarabangsa Asia Pasifik 2026 dan Hari Muzium Antarabangsa di Kutubkhanah Diraja, Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz.
Pada majlis tersebut, Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan upacara memotong serta menjamah pulut kuning sempena sambutan 50 Tahun Muzium Pahang. -KESULTANAN PAHANG







