ALOR SETAR, 2 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67 (A)/26 di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara, hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 2.35 petang disambut oleh Panglima Tentera Udara, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi Haji Mustapha TUDM serta Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Zahari Dato’ Haji Yahya TUDM.
Majlis tersebut menandakan pembukaan rasmi kursus asas penerbangan helikopter kepada para juruterbang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi sesi 2026. -KESULTANAN PAHANG







