KUANTAN, 5 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini.
Usai solat Jumaat, Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.- KESULTANAN PAHANG







