KUANTAN, 23 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Beradat Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Ke-68 di Hotel Zenith di sini semalam.
Ketibaan Paduka Baginda berdua disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan barisan kepimpinan tertinggi TUDM. -KESULTANAN PAHANG







