KUANTAN 3 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini hari ini.
Berangkat sama, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Solat Jumaat telah dipimpin oleh Mohd Hafiz bin Mohd Suhailie selaku imam dan khatib.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. – KESULTANAN PAHANG






