πππ£π π¦π¨ππ§ππ‘ π£ππππ‘π πππ‘ πππ£π π§ππ‘πππ¨ ππ π£π¨ππ‘ π£ππππ‘π πππ₯πππ‘ππ‘ πππ₯ππ‘ππππ§ ππ ππ’π‘π¦ππ₯π§ π£ππ¦π§π ππ¨ππ‘π§ππ‘ ππ΄π΄
KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Konsert Pesta Kuantan 188 di Kuantan 188 di sini semalam.
Keberangkatan Paduka Baginda berdua pada jam 9.00 malam turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang serta paduka-paduka anakanda dan kerabat bergelar.
Pada acara tersebut, Paduka Baginda berdua berkenan memotong kek dan pulut kuning sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda berdua selain menonton persembahan konsert dan bunga api.
Konsert Pesta Kuantan 188 pada malam ini dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datoβ M. Nasir, Hazama, Hael Husaini, Nadeera dan kumpulan Alpha.
Sebelum ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan penghargaan kepada seluruh pihak yang terlibat atas kejayaan menganjurkan Pesta Kuantan 188, yang saban tahun diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda.
βPenganjuran program seperti ini, bukan sekadar memeriahkan sambutan, bahkan menjadi wadah untuk memperkukuh sektor pelancongan, merancakkan ekonomi tempatan, mengetengahkan warisan budaya serta mengeratkan hubungan antara institusi kesultanan dengan rakyat,β titah Paduka Baginda. – KESULTANAN PAHANG






