KUANTAN, 2 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Dulu Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perkahwinan pacal didik SI Rosli bin Nazan di Kimstone Sand Villa di sini hari ini.
Turut mengiring ialah YAM Tengku Arif Bendahara, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
SI Rosli merupakan pengiring rapat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang berkhidmat sejak tahun 1995 dan masih bertugas sehingga kini.
Keberangkatan Duli-Duli Tuanku adalah bagi meraikan pasangan pengantin Nur Amira Sofia binti Rosli dengan Akiff bin Ahmad.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni tetamu yang hadir dengan bertanya khabar dan bergambar kenang-kenangan. – KESULTANAN PAHANG







