KUANTAN, 4 September 2026 – African Heritage Pavilion menjadi antara pengisian istimewa yang menyerikan Temasya Warisan Pahang 2026 di Muzium Seni Pahang (MOCA) Plus, di sini.
Pavilion berkenaan mengetengahkan kepelbagaian warisan dan budaya Afrika menerusi pelbagai pengisian yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali dengan lebih dekat keunikan tradisi, seni dan kehidupan masyarakat dari benua tersebut. – KESULTANAN PAHANG








