PEKAN, 26 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli mengurniakan hadiah kemenangan sempena Pertandingan Polo Piala Tengku Ampuan Pahang di Royal Pahang Polo Club di sini semalam.
Pasukan Pekan diketuai Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang muncul juara selepas menewaskan pasukan Cameron Highlands yang disertai Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dengan keputusan 5-4.
Turut hadir, Yang Mulia Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam binti Abdul Aziz. – KESULTANAN PAHANG







