KUANTAN, 28 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.20 pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarhamah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Paduka Baginda berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – KESULTANAN PAHANG







