SUBANG, 20 November 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berangkat tiba di Terminal Skypark, Subang, hari ini, setelah selesai mengadakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Republik Turkiye.
Turut mengiringi Paduka Baginda berdua ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan. – KESULTANAN PAHANG






