PEKAN, 21 November 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-23 Universiti Kuala Lumpur (UniKL), hari ini.
Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, ketokohan serta sumbangan besar Paduka Baginda dalam pelbagai bidang, khususnya dalam usaha memacu pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Pengiktirafan berprestij itu turut mencerminkan penghargaan terhadap peranan dan komitmen berterusan Paduka Baginda dalam menerajui agenda pembangunan serta memperkukuh hubungan antara institusi diraja dengan pelbagai sektor masyarakat.
Seluruh warga MKP turut merafak sembah menjunjung kasih atas segala limpah perkenan Paduka Baginda dan mendoakan semoga Paduka Baginda sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta dilanjutkan usia dalam pemerintahan yang penuh keberkatan.
DAULAT TUANKU
-KESULTANAN PAHANG






