KUANTAN, 21 November 2026 – Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas pemasyhuran sebagai Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang baharu.
Pemasyhuran tersebut berlangsung pada Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23 di Kuala Lumpur, hari ini.
Permahsyuran Paduka Baginda juga adalah bagi menggantikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sebelum ini merupakan Canselor Pertama universiti berkenaan sejak tahun 2004 hingga 2025.
Seluruh warga MKP mendoakan semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai Canselor UniKL, seterusnya memacu kecemerlangan universiti berkenaan ke tahap yang lebih gemilang. – KESULTANAN PAHANG






