RAUB, 22 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham Imam Masjid Ar Rahmat, Felda Lembah Klau di sini hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke rumah Allahyarham Tengku Badri Tengku Jaafar, 60, disambut balu Allahyarham, Puan Puziah Musa, 57, serta ahli keluarga lain.

Paduka Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual dan bertanya khabar keluarga Allahyarham termasuk mengurniakan sumbangan kepada waris Allahyarham.

Paduka Baginda turut menitipkan kata-kata semangat agar keluarga ini tabah dengan pemergian Allahyarham yang dicemburui ramai malah disifatkan sebagai mulia.

Pada Jumaat lalu, tukar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid merakam detik Allahyarham rebah ketika sedang memimpin solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. -KESULTANAN PAHANG








