KUANTAN, 26 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Polis Daerah Jerantut, Allahyarham Superintendan Zukri Muhammad.
Allahyarham berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Saujana Utama Jerantut akibat serangan jantung kira-kira pukul 3 petang tadi.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua turut berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham yang ditinggalkan reda serta tabah menghadapi kehilangan ini. – KESULTANAN PAHANG







