MARAN, 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat di Masjid Assyakirin di sini hari ini. Turut hadir mengiring ialah YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan; Ahli Parlimen Maran, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Mutallib Ahli Parlimen Maran; Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Badlishah Bin Alauddin dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zain.…
Author: Kesultanan Pahang
PULAU TIOMAN 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tekek di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah di situ. -KESULTANAN PAHANG
PULAU TIOMAN, 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli melihat tapak balai bomba yang akan dibina di Kampung Tekek, hari ini. Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal membawa anakanda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda dalam titah menzahirkan harapan agar Balai Bomba dan Penyelamat yang bakal dibina nanti dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat di Pulau Tioman. “Hari ini saya dah lihat tapak bersama Dato’ Pengarah Bomba Pahang dan…
PULAU TIOMAN, 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat bersiar-siar di sekitar Kampung Tekek dan Kampung Air Batang di sini hari ini. Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal membawa paduka anakanda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Paduka Baginda turut berkenan bermain sepak takraw bersama penduduk di Kampung Air Batang. Penduduk setempat begitu teruja dan setia menanti…
PULAU TIOMAN, 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Mukut di sini hari ini. – KESULTANAN PAHANG
PULAU TIOMAN, 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Kampung Mukut, hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 11.30 pagi diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sejurus keberangkatan, Paduka Baginda berkenan menyempurnakan pelancaran Kampung Wifi melalui Program Jangkau Digital TM (Telekom Malaysia). Program ini dijangka dapat memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kemudahan Wifi di seluruh…
KUANTAN 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Mining Corporation, YH Dato’ Haji Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar; Timbalan Ketua Polis Pahang, YDH Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj Ayob dan Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Encik Saifullah bin Muhammad Ali. Sesi mengadap kali ini memfokuskan perbincangan berhubung langkah penguatkuasaan undang-undang negeri, khususnya dalam aspek pengurusan tanah, perlombongan dan kawalan aktiviti tidak berlesen di seluruh…
PULAU TIOMAN, 14 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Klinik Kesihatan Tekek untuk majlis pengurniaan alat Automated External Defibrillator (AED) dan sumbangan bantuan ekonomi golongan asnaf, hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10 pagi diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda berkenan menyaksikan majlis penyerahan alat AED yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)…
PULAU TIOMAN, 13 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Pulau Tioman di Dewan Berjaya Tioman Resort di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 3 petang diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Paduka Baginda berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) serta Program Pembangunan Ekonomi Asnaf oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang (MUIP). Paduka Baginda turut berkenan mendengar persembahan taklimat Inisiatif…
PULAU TIOMAN, 13 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Pulau Tioman hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda selama tiga hari bermula hari ini adalah sempena lawatan kerja dan mendekati rakyat di sekitar kawasan pulau ini. Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 11 pagi disambut YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta para pemimpin setempat. Memulakan lawatan kerja hari pertama, Paduka Baginda berkenan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kampung Tekek bersempena persembahan Kad Debit Pulau Tioman…






