Author: Kesultanan Pahang

Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos 2025 bersamaan 9 Safar 1447H. Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, diluaskan rezeki, berbahagia selalu serta sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT. – KESULTANAN PAHANG.

Read More

USIA BUKAN HALANGAN…Baharu sahaja menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-66, namun bukan kekangan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah gagah memimpin pasukan Paduka Baginda untuk menjulang Piala Tengku Ampuan pada perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, Pahang pada 2 Ogos 2025. Hebat mengasak lawan, Paduka Baginda membuktikan bahawa kecintaan dan minat yang mendalam terhadap sukan Polo terus membara dengan aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan. Pasukan Baginda, Royal Pahang Citaglobal berjaya menewaskan pasukan Las Chicas yang turut diwakili…

Read More

PEKAN, 3 Ogos 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club di sini semalam. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Jogo Polo dinobatkan sebagai johan selepas berjaya menewaskan pasukan Royal Pahang Polo Club manakala pasukan Royal Pahang Citaglobal berjaya merangkul Piala Tengku Ampuan selepas menewaskan pasukan La Chicas. Turut berangkat ialah Kebawah Duli…

Read More

PEKAN, 1 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Pasar Sera yang diadakan berhampiran Padang Polo di sini semalam. Pasar Sera diadakan di situ sempena Kejohanan Royal Pahang Classic 2025 dan sudah pasti ia dipenuhi pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai menonton kejohanan tersebut. KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyantuni orang ramai yang menyapa dan ingin merakam gambar kenangan bersama Baginda. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenan bercemar duli berangkat ke Program Syarahan Profesor oleh Pensyarah Jabatan Kewangan, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS), Prof. Datin Dr Nurdianawati Irwani Abdullah di UIAM di sini, hari ini. Syarahan bertajuk 1 Malaysia, 1 Impian Takaful : Terlalu Sukar Untuk Dicapai? itu memberi fokus kepada pelan tindakan komprehensif ke arah merealisasikan sasaran “1 Rakyat Malaysia, 1 Takaful” dengan menggariskan beberapa inisiatif pelaksanaan terutama berkenaan Pelan Perlindungan Kesihatan…

Read More

KUANTAN, 31 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan 2025 kepada semua perwira dan wirawati tanah air. Sempena sambutan Hari Pahlawan pada hari ini, Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota keselamatan negara – Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di atas segala jasa dan pengorbanan dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.…

Read More

PEKAN 31 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyertai Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, di sini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan berangkat menyaksikan kejohanan tersebut. Turut sama menyertai kejohanan yang masuk hari kelima semalam ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera…

Read More

KUANTAN, 30 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas TUDM bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025. KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyertai dan menjalani Latihan PASKAU dan Kursus Komando TUDM yang dijangka berlangsung selama tiga bulan bermula semalam dan dijangka tamat akhir Oktober 2025 nanti. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM dan Panglima Rejimen TUDM,…

Read More

KUANTAN, 30 JULAI 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan solat fardu Subuh secara berjemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Seusai solat, Tengku Hassanal turut berkenan menyantuni para jemaah lain yang turut menunaikan solat di masjid berkenaan. -KESULTANAN PAHANG

Read More

PEKAN 29 Julai 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, di sini. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja…

Read More