TEMERLOH, 14 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Mentakab di sini hari ini.

Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Solat Jumaat diimamkan oleh Timbalan Kadi Daerah Temerloh, Afif Aisar Ahmad.

Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada pihak pengurusan masjid dan penduduk di kawasan berkenaan.– KESULTANAN PAHANG
