KUANTAN, 16 Okt – KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Kuantan yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta disini malam tadi.

Terdahulu, KDPB Sultan Pahang turut berkenan membantu lima mangsa berkenaan apabila Paduka Baginda secara kebetulan dalam perjalanan sempena keberangkatan ke Temerloh selepas melawat mangsa banjir.

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan makan malam untuk mereka semua. – KESULTANAN PAHANG