KUANTAN, 19 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat beragama Hindu di negeri Pahang dan di seluruh negara.
Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan perayaan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kasih sayang dan keharmonian bersama keluarga serta masyarakat setempat.
Semoga sambutan perayaan ini terus membawa kedamaian, kesejahteraan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Pahang Darul Makmur khususnya, dan Malaysia amnya.
Selamat Hari Deepavali. -KESULTANAN PAHANG






