MARANG, 17 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat melihat tanaman Melon Manis Terengganu yang diusahakan oleh Murai Estates di kawasan Tanam Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Serting di sini semalam.

Ketibaan Paduka Baginda berdua di sambut oleh Pengasas yang juga CEO Murai Estates, YM Raja Nordianah serta Ketua Pegawai Operasi Murai Estates, Mr James Alexander.

Lebih menarik, Rumah Hijau Pintar berasaskan teknologi dari Holland turut dibangunkan syarikat Murai Estates di sini.

Ia merupakan projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) yang pertama menggunakan teknologi pintar IOT sepenuhnya.

Untuk rekod, MMT merupakan Ikon Pertanian Terengganu.

Paduka Baginda berdua kemudiannya berkenan santap tengahari di Kafe Jolly Good, Kuala Terengganu sebelum berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG
