LIPIS 19 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Resepsi Perkahwinan Mohamad Safwan Abdul Rahman dengan Nur Amilia Abdul Mutalib serta Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lipis di Kuala Lipis di sini hari ini.

Pengantin lelaki, Mohamad Safwan adalah anak kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Exco Kerajaan Negeri dan kepimpinan setempat. – KESULTANAN PAHANG
