KUANTAN, 28 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang dan Malaysia secara amnya.
Paduka Baginda berdua berdoa semoga bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan ini membawa kedamaian, keberkatan dan kebahagiaan kepada setiap insan.
Paduka Baginda turut berharap agar Ramadan ini disambut dengan hati yang penuh keinsafan, rasa syukur yang tinggi, memperbanyakkan amalan ibadah, serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.
Paduka Baginda berdua turut berdoa agar Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk. -KESULTANAN PAHANG