KUANTAN, 25 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis Ke-218.
Di hari yang penuh bermakna ini, Paduka Baginda berdua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dedikasi, pengorbanan, dan komitmen yang tidak ternilai dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.
Semoga PDRM terus maju jaya, kukuh dalam menjalankan tugas, dan sentiasa menjadi pelindung kepada rakyat. Terima kasih atas segala usaha dan sumbangan dalam menjaga keamanan negara. -KESULTANAN PAHANG