SERI KEMBANGAN, 28 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman Allahyarhamah di sini hari ini.
Turut mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami YH Tuan FD Idzham FD Iskandar.
Paduka Baginda berdua meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.
Dalam kesempatan itu, Paduka Baginda turut bertanya khabar Tun Dr. Mahathir serta menitahkan kata-kata semangat bagi memberi sokongan kepada beliau dalam menghadapi kehilangan isteri tersayang.
Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar, hari ini. – KESULTANAN PAHANG







