KUALA LUMPUR, 19 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan menerima mengadap delegasi dari Mohamed Bin Zayed Species Conservation Fund di Shahzan House di sini semalam.

Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda dipersembahkan taklimat berkenaan pembangunan dan perancangan jangka pendek dan panjang berkaitan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah.

Delegasi MBZ Conservation Fund dihadiri Pemangku Ketua Pengarah, Nicolas Heard, Pengurus Pentadbiran Kewangan, Maya Korayem; Penasihat Kanan, Maya Bankova dan Pengurus Komunikasi dan Pemasaran, Conrad Harley. – KESULTANAN PAHANG
