KUALA LUMPUR 4 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118 di sini.

Ketibaan Paduka Baginda pada jam 1 tengahari disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Dato’ Ab Aziz Tengku Mahmud dan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil.

Paduka Baginda turut berkenan menerima cendera kenangan sebuah buku “Senibina dan Sejarah Pembinaan Masjid Al-Sultan Abdullah” yang disampaikan Pengerusi Kumpulan PNB.

Usai solat, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni para jemaah dan pegawai PNB serta bergambar kenangan di Menara Merdeka 188. – KESULTANAN PAHANG.
