KUANTAN, 1 Julai 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja Berita Harian sempena sambutan ulang tahun ke-68, hari ini.
Paduka Baginda berdua menyanjung tinggi usaha Berita Harian dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat jelata. Sebagai antara media arus perdana yang berpengaruh, Berita Harian telah memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang berilmu, peka dan berdaya saing.
Adalah menjadi harapan Paduka Baginda berdua agar Berita Harian akan terus menjadi platform media yang berwibawa dan dipercayai serta kekal menyumbang kebaikan kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Tahniah dah teruskan kegemilangan. -KESULTANAN PAHANG