KUALA LUMPUR 26 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke program “Rewang Bubur Lambuk” di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini hari ini.

Paduka Baginda yang terkenal dengan hobi memasak ‘beraksi’ bersama kakitangan Istana Abdulaziz dengan memasak tiga periuk bubur lambuk resepi Pahang dan Johor.

Paduka Baginda yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM bermula dengan proses penyediaan bahan, memasak dan mengagihkan sendiri kepada mahasiswa dan kakitangan UIAM.

Program Rewang Bubur Lambuk ini merupakan salah satu inisiatif untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Turut hadir, Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Prof. Emiritus Dato’ Dr Osman Bakar. – KESULTANAN PAHANG
