KUANTAN, 8 Oktober 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Makan Malam Malaysia International Tourism Expo (MIT) Pahang 2024.
Paduka Baginda tiba di Restoran The Rembulan Club Med, Cherating kira-kira jam 9 malam disambut oleh para tetamu kenamaan termasuklah isteri Menteri Besar Pahang yang juga Yang Dipertua TERATAI, Datin Sri Diraja Burhah Mohammed.
Majlis makan malam ini diadakan bagi merai peserta-peserta MIT Pahang, penggiat industri dan pempamer termasuklah ‘premium buyers’ yang juga rakan strategik dari 16 negara antaranya Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, China, India, Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura dan lain-lain.
MIT Pahang yang berlangsung selama tiga hari ini telah berjaya menarik penglibatan lebih 200 pempamer daripada 11 negara antarabangsa. – KESULTANAN PAHANG